Sampai Bila Kita Nak Amalkan Diskriminasi Politik?

Posted: May 7, 2008 in Uncategorized

Kalau diikutkan sebetulnya, politik adalah satu perkara yang suci kerana tujuan utamanya ialah menentukan nasib rakyat secara amnya. Memang benar bahawa politik bukan sahaja melibatkan isu kenegaraan, isu kuasa di tempat kerja juga merupakan politik, mungkin nak pujuk bapa beli kereta pun satu bentuk politik dimana ia melibatkan usaha untuk mempengaruhi atau merancang sesuatu untuk mencapai matlamat sama ada baik atau buruk.

Persoalan tidak akan timbul kalau perkara atau cara yang diusahakan itu baik tetapi apa yang menjadi persoalan disini apabila cara atau taktik yang digunakan itu kotor. Baru-baru ini saya telah berbual dengan rakan saya tentang nasib politik Malaysia, dimana dia kata “aku risau tengok senario politik sekarang, negeri masing-masing fokus terhadap membela nasib rakyat, negeri yang dikuasai pembangkang, ini tidak bagus kerana apabila wang yang digunakan untuk menarik pelabur dan membina infrastruktur untuk pembangunan digunakan untuk kebajikan kepada rakyat secara tidak langsung pendapatan makin kurang dan hasrat negara maju dicapai akan menjadi sukar.” Selepas beberapa minggu dia kata, apabila berbicara soal politik yang tikam-menikam diantara kerajaan dan pembangkang, “sampai bila benda ini patut berterusan, kita sepatutnya bersama mengambil peluang yang ada untuk kebaikan semua bukan soal nak menjatuhkan lawan, ini semua patut berhenti.”

Daripada kenyataan inilah saya berasa bahawa perlu untuk ditulis di sini tentang keperluan untuk kita semua meninggalkan politik berdarah seperti yang dikatakan dalam bukunya, The Prince, kepada keadaan yang lebih baik lagi dimana parti-parti bersaing secara sihat, tidak ada personal attack, tidak ada tuding-menuding, sebaliknya semua bekerjasama bersama menjaga agenda untuk negara Malaysia yang lebih baik.

Baru-baru ini Tun Dr Mahathir mengatakan dalam blog beliau di dalam post yang bertajuk weak government not good for multiracial society, dimana beliau mengatakan bahawa dalam politik musuh utama adalah pembangkang dan apabila pembangkang berjaya menguasai parlimen sehingga menafikan kuasa 2/3 majoriti kerajaan, ini menunjukkan bahawa kerajaan itu lemah.

Saya kurang bersetuju dengan pendapat beliau, walaupun saya sedar bahawa saya hanya seorang pelajar yang baru mengenal dunia, berbalik kepada kenapa saya tidak bersetujutu, ia tidak lain dan tidak bukan disebabkan oleh sikap majoriti kita yang memandang politik sebagai siapa yang berkuasa dia patut menang, ini merupakan iktikad yang salah dan negatif kerana ia akan menyebabkan kita berusaha kearah meningkatkan kuasa kita untuk mengurangkan pembangkang dan kita akan menjadi satu golongan yang menanggap pembangkang itu musuh, walaupun mereka saudara, kawan, ataupun rakyat Malaysia sendiri.

Memang ada yang mengatakan bahawa apabila kuasa semakin besar, mudah untuk melaksanakan penbangunan dan mengawal rakyat, tetapi kita perlu sedar akan kerugian mempunyai pemikiran sebegini kerana apabila kita sudah mentadbir dengan sendiri kita sebenarnya lemah dari dalam, mulalah amalan rasuah meningkat, apabila buat silap tak boleh tegur dan macam -macam lagi. Tetapi berbeza kalau kita menghormati pembangkang, kita terima dan tolak pendapat mereka secara terhormat dan pada pembangkang pula mereka melakukan yang sama, sudah tentu negara kita akan menjadi lebih aman, lebih maju (kerana tidak semua idea yang bagus datang dari kerajaan), dan akhirnya kita dapat melahirkan rakyat yang sentiasa besederhana dalam berpolitik, yang hormat-mnghormati dan yang paling mahal ialah sayang-menyayang dkalangan rakyat itu sendiri.

Dengan cara ini kita tidak akan lagi mendengar isu-isu seperti rakyat tertindas, pilihanraya tidak adil, badan kehakiman yang korup, kerajaan yang lemah dan macam-macam lagi. Sebaliknya apabila sikap hormat-menghormati ini wujud, kita akan dapat melihat, hak-hak rakyat lebih terjaga, rakyat yakin pada kerajaan, negara makmur, ekonomi baik dan macam-macam lagi.

Berbalik kepada isu persaingan politik yang saya cakapkan pada awal tadi, samalah, kalau semua tidak kira pembangkang atau kerajaan menganggap politik itu sepatutnya suci dan mengamalkannya, kita dapat lihat persaingan yang sihat, tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang mengutuk satu sama lain semasa berceramah menyakinkan rakyat waktu pilihanraya, sebaliknya kita akan dapat dengar janji-janji murni untuk kebaikan semua, untuk ini dan untuk ini dan untuk itu, semuanya yang terbaik, secara tidak langsung kita dapat mendidik rakyat supaya menjadi seorang warganegara yang baik, sederhana, hormat menghormati, dan menyintai negara sepenuhnya.

Kalaulah ini yang dapat dilihat di negara kita nasib orang melayulah yang paling terbela, ialah mana tidaknya apabila UMNO, PAS, dan KeADIlan bersama-sama menggembling tenaga untuk menbela nasib orang melayu dan kedudukan agama Islam, kita akan menjadi bangsa yang lebih kuat, kuasa politik kita lebih kukuh dan kalau betul di dalam kerjasama itu wujud satu hasrat utuh untuk membebaskan orang melayu dari takuk lama, InsyAllah, kita dapat lihat bangsa melayu yang bukan sahaja setanding dengan kaum Cina dan India, malah dapat bersaing di persada antarabangsa.

Jadi sebagai kesimpulan suka di sini untuk saya mengatakan bahawa marilah kita tinggalkan cara lama kita untuk berpolitik, marilah kita berubah, fikirlah untuk Malaysia dan bangsa melayu, jangan lekatkan diri kita secara rigid di mana-mana parti politik, kita dengar semua pihak, kita ambil yang baik dan sesuai, kita gormati satu sama lain dan yang paling penting kita hormati kesucian yang patut ada dalam politik, bukan untuk apa, tetapi nasib kita juga…

Comments
  1. zz says:

    salam juara

  2. vendetta (the verdict is vengeance) says:

    bro…
    bnde yg ko ckp ni x wujud dlm dunia nyata…
    dlm cite west wing wujud r cite yg ko bgtaw ni..
    tp dlm 24,v vendetta…hahahha…
    totally distorted..
    ape yg ko harapkan ni xkan brlaku…
    sbb dunia ni mngamalkan politik self ryte theory…kalo ko bace art of war by sun tze..
    dlm politik, kalo ko nak hidup..
    ko mesti anggap ko berade pd pihak yg btol…x kesah ko pmbangkang ke kerajaan…salah ke btol…
    customer is always ryte kan?
    kini x lagi…
    customer n politician are always ryte bro…

  3. Siddiq Azani says:

    wei mana post baru…haha btw sapa vendetta ni?ko knl? ckp mcm blagak pandai..hahahaha

  4. VENDATOR says:

    to vendetta: aku tak nak komen panjang – ko jugak yang bangkitkan isu – mengapa politik sebegini perlu berterusan…

    to siddiq: aku belum settle business kat shah alam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s