Umat Islam Mesti Matang!

Posted: April 13, 2008 in Uncategorized

Sudah pasti video yang menuduh Islam agama keganasan, FITNA baru2 ini menimbulkan pelbagai reaksi dikalangan masyarakat dunia terutamanya umat Islam. Kita dapat lihat pelbagai bantahan dan juga tunjuk perasaan yang diadakan di serata dunia. Golongan bukan muslim mungkin terpengaruh dengan video tersebut akan menuduh dan mempercayai Islam itu agama yang mahukan keganasan, yang tidak lain hanya mahu menghapuskan orang bukan Islam terutamanya golongan Yahudi.

Saya sebagai seorang yang turut terpanggil untuk menulis kerana tempohari telah berlaku satu perbincangan dengan rakan2 seperjuangan berkisar berkenaan apa sepatutnya reaksi yang patut datang dari umat Islam. pada pandangan saya, isu ini merupakan satu tindakan berani mati kerana sikap lemah fikiran pihak penerbit untuk menerbitkan video seumpanya tanpa menghiraukan ancaman yang ada disekelilingnya. Bukan sahaja ancaman, tindakan membuat video itu sebenarnya tindakan yang boleh disifatkan mala fide atau berniat jahat kerana tidak menghiraukan ajaran Islam yang secara menyeluruh – apa yang saya cuba katakan di sini maksud video itu sebenarnya tercabar dengan ajaran sebenar yang sudah sedia maklum difahami oleh umat Islam sedunia.

Berkenaan dengan tindakan umat Islam yang menjawab video tersebut dengan cara memberi amaran merupakan tindakan yang kurang tepat bukan kerana tindakan itu tidak tepat tetapi kerana posisi kita sebagai umat Islam pada hari ini hanyalah sebagai golongan yang paling ramai tetapi tidak mempunyai apa2 kuasa yang betul2 boleh menghukum golongan sebegitu. Bukan sahaja tindakan tidak sesuai dengan kapasiti kuasa kita sekarang malah tiadakan itu akan meningkatkan lagi perasaan takut pada Islam yang wujud di kalangan masyarakat barat atau barangkali akan membuktikan bahawa apa yang ditayangkan itu ada kebenaran disebaliknya.

Apa yang patut kita lakukan adalah dengan menjawab mesej video itu dengan hujah dan dalam suasana yang tenang tanpa perasaan melenting. Peranan ini boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja mengikut kemampuan masing2. Umat islam juga patut menunjukkan tingkah laku yang moderate dan mesra supaya sedikit sebanyak mesej video itu dapat dinafikan dimana sebaliknya kita yang akan mendapat kemenangan oleh kerana sikap kita yang mesra dan menghormati keamanan, ini sesuai dengan pepatah inggeris “action speaks louder than words”.

Tetapi jikalau kita ikutkan cara yang sepatutnya, apa yang layak untuk golongan yang berani mengutuk Islam sebegitu, patut mereka diperangi dan dibunuh. Tetapi keadaannya sekarang kita tidak mempunyai keupayaan untuk menentang dengan kekerasan, apa yang kita boleh lakukan adalah dengan menggunakan platform keamanan yang terbuka ini untuk melawan kembali tuduhan yang dilemparkan terhadap Islam. Sebenarnya inilah yang dilakukan oleh golongan Yahudi ketika mereka berada pada sama tahap kekuasaan umat Islam pada masa dahulu, dimana mereka menggunakan hiburan dan pelbagai pengaruh lain untuk melemahkan semangat jihad dan kesatuan sesama umat2 dan negara2 Islam.

Jadi, saya menyarankan agar rakan2, saudara2, saudari2, adik-beradik supaya kita matang dan menyedari realiti dan menggunakan peluang yang ada untuk berjuang dan menegakkan kesucian agama kita. Percayalah, walaupun sedikit kita lakukan untuk menyumbang kepada menafikan fitnah besar kepada umat Islam ini, pahalanya tetap besar kerana ini boleh dikatakan sebagai jihad besar.

Marilah, lakukan apa yang kita boleh lakukan.

Allahuakbar!!!

Comments
  1. Siddiq Azani says:

    sheikh..ape cerita tengku faris ni? sila rujuk artikel ana..pasal tengku faris..

  2. Anonymous says:

    Hurm..nice writing.
    to tell you the truth, i’m sacred,afraid,worried and feels disbelief of what my eyes have seen in the FITNA.that short movie is very,very bad to our country.i’m not afraid that i will be killed by muslims but i’m afraid that the movie may caused chaos to m’sia.we have built these unity and harmony for ages,so i hope that not only muslims but christians as well not to be easily influenced by the movie.i’m a christian and you’re muslim,so what’s wrong with that?why we must fight?we’re human,not animals right?nowadays i found that it’s really hard to live peacefully.i have lots of friends who are muslims and i think these videos are a kind of defamation to them.that situation which happened in other countries, where there are extremists.and i hope so deadly that that kind of war would never occur in m’sia.coz i love all my friends.and i love manchester united coz it makes me know that malaysian are the best citizens in the world when everytimes i watch man utd match in the kedai mamak(hakim) sk.7,then i know we are not like other countries.coz we cheers,shouts,sharing of victory or loss…,together of course. thank you.

  3. din buncit says:

    i do have the same kind of hope as you do, nevertheless, we must not only watch, we must preach to those that we can, to love and respect peace…

  4. Rue says:

    saudara profesor Buncit…aku dah ada akaun kat blogspot. rajin2 la menyakitkan tengkuk membaca post aku

  5. din buncit says:

    bagus, susah nak akses ur friendster blog…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s