Satu Rasa Kekecewaan: Susah Untuk Ditempuhi

Posted: April 11, 2008 in Uncategorized

Kehidupan kita sehari-hari umpama roda, kadang-kadang kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Percayalah apabila kita di bawah atau di dalam alam kekecewaan apa yang dibuat, semuanya tak keruan, tetapi persoalannya adakah kita patut membiarkan kekecewaan itu menafikan kemampuan kita untuk melakukan perkara lebih baik? Jawapannya, sudah tentu tidak sama sekali!

Aku, dalam dua tiga hari ini menghadapi kekecewaan, mungkin boleh juga dikatakan kekecewaan itu adalah disebabkan diri sendiri yang tidak mampu mengawal sifat rakus seorang syaitan dalam diri manusia, yang suka mengganggu segala perkara yang sudah, pada dasarnya, baik.

Tetapi aku tetap bersyukur kerana aka ini masih lagi mampu berfikir untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa merosakkan apa yang telah pun baik di muka bumi ini. Contohnya, apabila seseorang telah membuka satu restoran di suatu kampung yang kecil saiznya, yang sudah menjadi tumpuan, dan pada pengusahanya yang telah bertungkus-lumus untuk membangunkannya.

Tiba-tiba datang seorang pengusaha yang lain ingin membuka sebuah lagi restoran di kampung tersebut, di mana pengusaha yang datang ini merupakan seorang yang sudah pasti dapat mengalihkan pelanggan restoran lama kepada restorannya kerana kemampuannya. Aku bukan mempersoalkan hak pengusaha baru tersebut tetapi sekadar bertanya kepada diri sendiri, adakah restoran makan sahaja yang boleh dibuka di kampung tersebut? Jawapannya, pasti tidak, kerana banyak lagi peluang dan pilihan yang boleh diterokai tanpa melakukan kerosakan terhadap orang lain.

Dari situasi ini, aku memilih untuk menjadi pengusaha yang datang, pada mulanya nak membuka restoran tetapi mengambil kira usaha pengusaha lama dan peluang yang serba-serbi, aku tetap akan membuka perniagaan di waktu lain, barangkali sebagai peniaga runcit, kerana ini bukan sahaja membantu pengusaha lama, tetapi juga penduduk kampung yang mendapat kemudahan.

Kepada rakan-rakan yang tahu akan maksud sebenar cerita ini, janganlah diberitahu sesiapa, supaya perasaan manusia lain terjaga dan keamanan dapat kita selamatkan, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s