Sambut Baik Cadangan Kaji Semula AUKU

Posted: April 2, 2008 in Uncategorized

Kata-kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menilai semula AUKU patut disambut baik dalam usaha memastikan bahawa kita benar-benar melahirkan graduan berkualiti yang bakal menjadi pelapis pemimpin negara pada masa akan datang. Secara pengenalannya, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) merupakan satu akta yang diperuntukkan untuk menggariskan tatacara pentadbiran universiti-universiti di seluruh negara, yang pada pandangan saya merupakan satu akta yang penting memandangkan pengaruhnya terhadap universiti.

Tetapi ada satu klause di dalam akta ini yang tidak patut wujud dan telah sekian lama menjadi sumber ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Seksyen 15 akta tersebut mengatakan “pelajar tidak boleh terlibat dengan mana-mana pertubuhan awam luar universiti dan pertubuhan-pertubuhan politik melainkan mendapat persetujuan daripada naib canselor.” Inilah yang telah menjadi isu yang sekian lama menjadi satu bentuk ketidakpuasan hati rakyat pada umumnya dan mahasiswa secara khasnya.

Persoalannya disini, mengapakah isu ketidakpuasan hati ini timbul? Untuk menjawab soalan ini saya rasa perlu untuk kita lihat kembali sejarah sebelum penubuhan AUKU, sebelum punubuhan akta ini, pelajar universiti dikatakan bebas menyuarankan pendapat, mengenai apa sahaja perkara terutamanya politik, tiada halangan di dalam universiti, sama ada di luar universiti. Pelajar mampu berdiskusi secara terbuka dan mampu mewujudkan satu kompromi memandangkan kedapatan antara mereka yang mempunyai pendangan-pandangan yang berbeza mengenai senario politik di negara ini.

Perlu juga diterangkan di sini bahawa, kewujudan AUKU sebenarnya bertentangan dengan demokrasi. Dalam pengamalan demokrasi, kita sebagai rakyat mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat dalam semua aspek, dari segi sosial, agama, politik, suara hati dan sebagainya. Tetapi kita perlu juga faham bahawa politik, yang berkaitan dengan pemilihan kerajaan, kelicinan pentadbiran sesebuah negara, kehakiman, dan yang berkaitan merupakan elemen yang paling penting dalam demokrasi. Sehubungan dengan itu, tindakan untuk menyekat hak bersuara tentang politik dikalangan pelajar merupakan satu tidakan yang boleh diumpamakan seperti, “kita memberi hak kepada tetamu untuk menjamu kari ayam yang telah disediakan, walaupun ayam itu ada, tetapi kita tidak memberikannya, sebaliknya hanya kuah sahaja yang diberikan, ini sudah tentu akan menyebabkan ketidakpuasan hati terhadap tetmu tersebut.” Samalah juga dalam demokrasi, tindakan menyekat kebebasan bersuara berkenaan isu politik dikalangan pelajar, yang merupakan elemen penting dalam demokrasi akan menimbulkan ketidak pauasan hati di kalangan pelajar.

Berbalik kepada isu penubuhan AUKU, akta ini telah diwartakan oleh kerajaan yang bertujuan untuk mengekang kebangkitan pelajar untuk menyurakan ketidakpuasan hati golongan pelajar terhadap tindakan pemerintah yang bersifat keji dengan menyalahguna kuasa dalam melaksanakan pentadbiran. Saya juga telah di beritahu bahawa AUKU diwujudkan selepas kisah Awar Ibrahim yang telah melancarkan demonstrasi besar-besaran terhadap kerajaan.

Sebenarnya, golongan pelajar boleh dikategorikan sebagai golongan yang bersih, mereka belajar sesuatu yang baru di universiti, dan mereka melihat situasi yang sebenar dalam perlaksanaan sesebuah kerajaan, sebagai golongan yang baru dalam mengetahui dunia, sebagaimana cara ianya berfungsi dengan betul, mereka akan menimbulkan persoalan, mengapakah realiti bertentangan dengan apa yang sepatutnya berlaku. Tambahan pula, sebagai pelajar, yang belum lagi terikat di alam pekerjaan, para pelajar bebas dari kongkongan majikan, di mana saya telah membaca satu karya berkenaan dengan etika kerja yang mengatakan bahawa jangan sekali-kali bercerita tentang pandangan politik di tempat kerja kerana ia sesuatu yang maut bagi kerjaya anda. Ini merupakan satu bukti yang menunjukkan setelah kita memasuki alam pekerjaan, sudah pasti kita akan diikat dengan kongkongan sebegini yang sudah pasti akan menggangu periuk nasi kita, sebeb itulah ramai dikalangan kita yang sudah bekerja dikatakan pasif dan cuba mengelakkan politik untuk menjaga periuk nasi masing-masing.

Kalau dilihat dari segi mindset para pelajar sekarang berbanding duhulu, perbezaan yang ketara amat jelas, kalau dulu, ramai pelajar yang prihatin tentang soal negara, tetapi selepas perlaksanaan AUKU, kini golongan pelajar hanya membincangkan soal hiburan, dan pembelajaran sahaja. Bukan ingin mengatakan bahawa pelajar patut menghabiskan masa atau meninggalkan pelajaran untuk hal-hal politik, tetapi sebenarnya politik itu sendiri dapat memotivasikan para pelajar untuk lebih tekun belajar untuk menyumbang kepada negara dan masyarakat sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat yang telah membayar cukai untuk menanggung golongan pelajar.

Tidak hairanlah kalau kini, kita sering mendengar pelbagai masalah dengan mahasiswa seperti, terlalu enjoy, tidak memikirkan masa depan negara, tidak prihatin terhadap isu-isu semasa, berfoya-foya, bercinta-cinta, dan sebagainya. Walaupun komen-komen ini pahit didengar, tetapi percayalah ada betulnya pandangan masyarakat itu sendiri, mereka memandang golongan mahasiswa dengan anggapan bahawa mereka adalah satu golongan yang mulia, yang bijaksana, dan yang paling penting mahasiswa adalah harapan bangsa.

Itulah saya katakan sebentar tadi bahawa, mahasiswa merupakan pelajar yang baru menemui sesuatu perkara yang bersih tetapi sedar kemudian tentang kekotoran duniawi, dan kalau mereka bangkit untuk menegur kerajaan, mengeluarkan pandangan, mereka akan didengar oleh masyarakat kerana mereka dianggap sebagai mulia. Suka disini saya mengungkapkan kata seorang pemimpin Indonesia, yang lebih kurang saya dengarlah, “berikan aku 10 pemuda, nescaya akan ku goncang dunia ini”, berdasarkan kata-kata beliau ditambah pula dengan pandangan tinggi masyarakat terhadap mahasiswa, sudah pasti mahasiswa sebenarnya mampu menentukan perjalanan sejarah politik negara, Inilah yang menyebabkan kerajaan takut akan mereka dan cuba sedaya upaya untuk mengawal golongan ini.

Persoalannya, kalau kerajaan itu betul serba-segi perlukah mahasiswa bangkit menentang? Sudah tentu tidak, kerana mahasiswa mempunyai fikiran yang lurus, bukan bodoh maksud saya, lurus dari segi apa yang baik dan tidak baik untuk negara, bangsa dan agama. Jadi kepada sesiapa yang membaca tulisan ini, marilah kita menyambut baik cadangan kaji semula AUKU, untuk menjamin masa depan mahasiswa itu sendiri, seterusnya menjamin masa depan negara yang lebih berdaya saing, maju, dan demokratik.

Comments
  1. Siddiq Azani says:

    Free aizuddin!justice for aizuddin!aizuddin tak bersalah!hahahaha

  2. Commando says:

    hidup Db! hidup Db!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s