Zaid Ibrahim bijak memahami sentimen rakyat!

Posted: March 30, 2008 in Uncategorized

Tindakan berani Zaid Ibrahim untuk mencadangkan kerajaan untuk memohon maaf kepada hakim-hakim yang dipecat pada sekitar tahun 1988 merupakan satu tindakan yang patut kita kagumi. Permohonan maaf itu merupakan respon terhadap kesalahan besar kerajaan yang telah mengganggu bidang kuasa kehakiman yang sepatutnya bebas daripada pengaruh kerajaan. Saya difahamkan bahawa pemecatan beberapa hakim itu adalah disebabkan krisis UMNO haram pada tahun 1988.

Walaubagaimanapun, saya percaya langkah tersebut adalah amat penting sebagai menunjukkan betapa kerajaan Barisan nasional betul-betul berniat untuk memulihkan sistem kehakiman kita yang sudah korup . Kita perlu juga tahu bahawa sebenarnya rakyat mahukan ada penyiasatan bebas tentang insiden tersebut tetapi Zaid mengatakan tindakan tersebut sudah tentu akan menimbulkan pelbagai perkara yang pahit kepada sejarah penghakiman negara kita, cukuplah sekadar kita meminta maaf diatas kesilapan yang telah berlaku.

Ini juga merupakan satu usaha yang signifikan kerana keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman adalah amat penting untuk memastikan kestabilan negara memandangkan badan kehakimanlah merupakan satu tempat mengadu yang terakhir bagi rakyat setelah pandangan mereka tidak didengari oleh pihak kerajaan atau pun hak-hak mereka diganggu-gugat oleh pihak kerajaan. Rakyat, jika badan kehakiman tidak dapat berfungsi lagi, akan mencari alternatif baru yang sudah pasti bertentangan dengan undang-undang seperti rasuah, mengupah kongsi gelap untuk menghukum orang lain, dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya di sini kita patut menyokong tindakan Zaid Ibrahim untuk mencadangkan kepada kerajaan untuk memohon maaf kepada bekas-bekas hakim yang teraniaya dan segala tindakan memperlekehkan usaha ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima langsung. Kita mesti dan wajib memberi satu nyawa yang penuh kebebasan kepada badan kehakiman untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan bebas tanpa sebarang pengaruh yang boleh menafikan hak-hak terhadap keadilan kepada rakyat.

Comments
  1. Siddiq Azani says:

    isu ini dah basi din..tak payah nak ckp lg..bkn ada guna pun..saje je nak malukan pihak2 tertentu..ada unsur malice di sini..

  2. din buncit says:

    siddiq, rakyat mahu lihat komitmen kerajaan berkenaan janji untuk memulihkan kebebasan dan integriti badan kehakiman, tiada unsur malice sebab bende ni, benar-benar berlaku…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s