Peranan kita…

Posted: March 30, 2008 in Uncategorized

Sebagai manusia kita hidup bersama, kita perlu satu sama lain, kita perlu teman, kita perlu rakan. Ketahuilah bahawa mendapat rakan itu mudah tetapi memastikan sama ada kekal atau tidak sesuatu hubungan baik itu merupakan satu persoalan atau pun satu cabaran sebenarnya yang amat sukar. Tetapi perlu kita faham bahawa pilihan yang baik tidak selalu datang, adatikanya kita terikat untuk membuat dua keputusan yang sukar.

Saya bertanya kepada seorang gadis, tak perlulah nak beri namanya disini, sebab saya pun tak tau namanya. Saya tanya: “I have a dilemma, in which only two choices left for me: whether to preserve good relationship or to actually tell the truth,?” She replied: “Well, preserve your relationship, because you never know that one day you need them the most.”

Saya termenung seketika, kerana jauh disudut hati ini, perasaan untuk meluahkan kebenaran itu, cukup membuak-buak, tapi fikir punya fikir, ada benarnya kata gadis itu, terus saya mengambil tekad bahawa persahabatan baik itu cukup beharga, dan sifat sabar itu akan, pada suatu hari nanti akan membawa kebaikan.

Aku berfikir tentang timbal balik, walaupun sabar itu tekadku, perlu dicatatkan di sini, adakah usaha kita menjaga nama baik, tidak menghentam sesuka hati, tidak merosakkan reputasi, tidak memburuk-burukkan, hanya sia-sia, hanya bertepuk sebelah tangan? Waima, aku perlu jujur terhadap semua yang, aku juga mengutuk, aku juga menghengtam, tetapi semua itu tidak sampai merosak, tetapi hanyalah sebagai gurauan, hanyalah sebagai kegembiraan, yang sudah pasti tidak menjatuhkan.

Aku juga faham bahawa sikap manusia itu pelbagai, memberi justifikasi tentang seseorang itu, merupakan hak sebenarnya, tetapi satu perkara yang perlu difahami adalah, kita boleh mengutarakan, tetapi biarlah penghakiman akhir itu, terletak kepada yang mendengar, bukan kita sendiri yang menusuknya ke dalam minda dan hati budi seseorang.

Aku fikir, kita memberi, ikhlas berbudi, sebenarnya, bukanlah mengharapkan satu bentuk pulangan yang seumpama, tetapi cukuplah sekadar dengan menghormati, cukuplah sekadar jangan membiarkan rakan itu bertepuk sebelah tangan, dan cukuplah sekadar dengan menjaga maslahat rakan itu. Tetapi sikap manusia itu pelbagai, kita bukan tuhan untuk mengawal, kita hanya manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Aku sedar bahawa, diri ini bukan yang terbaik, aku juga sedar bahawa atau bukanlah malaikat yang sempurna, itulah sebabnya aku bersedia untuk mendengar kutukan membina, kalau tak membina pun, biar munasabah, dan yang paling penting kritikan itu mestilah dikatakan didepanku, bukan dibelakang, bukan dengan seolah-olah menikam dari belakang, bukan seolah-olah innuendo, atau yang tak bertuju, meletakkan aku dalam keadaan yang serba tidak pasti.

Itulah, aku telah memilih rakan dari perasaan, satu pengorbanan sebenarnya, bukan mengharapkan balasan, tetapi sekadar mengharapkan, penghormatan dan keikhlasan yang lain, yang bertimbal balik.

Aku sedar, aku tahu, aku tak lihat, dan ang paling penting, aku dengar.

Jadi berhati-hatilah, hatiku mudah berubah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s