Menteri Kabinet yang lebih baik musim ini…

Posted: March 19, 2008 in Uncategorized

Berita pengumuman kabinet sudah tentu ditunggu-tunggu dan telah mencerminkan komitmen Barisan Nasional untuk mula mendengar suara rakyat. Ini disebabkan muka-muka baru dalam kabinet yang vokal dalam menegur UMNO telah dilantik untuk menjadi menteri-menteri di dalam kabinet. Barangkali, muka-muka baru inilah antara ahli-ahli UMNO, MCA, dan MIC yang betul-betul menyuarakan hak rakyat tanpa rasa takut terhadap ancaman pemimpin tinggi parti yang diamalkan sebelum ini. Kini dengan perlantikan menteri-menteri baru ini, budaya ini terpaksa dimansuhkan untuk menunjukkan bahawa Barisan Nasional masih relevan untuk rakyat Malaysia.

Nama-nama seperti Zaid Ibrahim, yang digugurkan dari senarai nama calon untuk pilihanraya yang baru berlalu diambil dan diletakkan di posisi yang begitu signifikan untuk negara, menteri di jabatan perdana menteri bahagian undang-undang, sudah diketahui bahawa beliau merupakan orang yang paling lantang menasihati kerajaan untuk memstikan good governance, dan pada pandangan saya, tindakan melantik Zaid Ibrahim merupakan satu usaha yang patut kita banggakan sehingga parti pembangkang, PAS, DAP, Keadilan, menyokong dan mengucapkan tahniah diatas perlantikan beliau.

Abdul Shahrir Samad yang penuh kontrolversi turut dilantik, dimana pada pandangan saya, beliau antara UMNOist yang cukup lantang menyurakan suara rakyat dalam parti, walaupun saya tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenai beliau tetapi berdasarkan kepercayaan saya terhadap kata-kata rakan sekelas ynag menjadi rakan bualan politik, saya dengar mereka memberi satu pujian kepada beliau dengan mengatakan dia bagus.

Rais Yatim, yang terkenal semasa krisis UMNO, dimana beliau merupakan timbalan presiden Semangat 46, walaupun beliau nampak tidak agresif dan tenang, sesungguhnya beliau adalah seorang yang bagus, pemikirannya yang mahukan kebaikan dalam semua institusi dalam negara ini, beliau juga seorang yang begitu bersih, pada pandangan saya, memang patutlah dia dilantik menjadi menteri, sesungguhnya sokongan rakyat terhadap beliau amat tinggi.

Perlantikan Syed Hamid Albar sebagai menteri dalam negeri, merupakan satu tindakan yang tepat, beliau terkenal dengan sifat betul dan timbangrasa juga toleransi beliau, beliau juga pada pandangan saya antara individu dalam UMNO yang bagus yang mempunyai merit yang tinggi berbanding dengan menteri-menteri yang lain pada barisan kabinet yang lepas.

Lagi muka-muka bagus, pada sayalah:

  1. Nur Mohamed Yaakub
  2. Muhyiddin Yassin
  3. S. Subramaniam
  4. Hisamuddin Tun Hussien
  5. Mustafa Mohammed
  6. Azalina Othman
  7. Shafie Afdal
  8. Ng Yen Yen

Yang tak bagus, bagi saya:

  1. Nazri Aziz
  2. Saziman Abu Mansor – saya duduk Tampin sampai sekarang dari dulu takda perubahan!
  3. Noh Omar
  4. Muhammad Taib

Apa-apa pun perlantikan mereka ini sudah tentu dapat memulihkan sokongan terhadap barisan nasional dan seterusnya membawa Malaysia ke Wawasan 2020…

Comments
  1. Siddiq Azani says:

    shafie apdal bagus? menteri yang takde suara. harga brg naik pun tak boleh buat apa2. yang dia ckp,bg amaran,bg amaran,bg amaran, sampai kiamat pun bg amaran lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s