Melayu jangan risau – DAP tak boleh sentuh DEB

Posted: March 16, 2008 in Uncategorized

Kenyataan yang dikeluarkan Ketua menteri Pulan Pinang tempohari berkenaan dengan DEB, atau Dasar Ekonomi Baru, dimana beliau mengatakan “kerajaan negeri akan mentadbir Pulau Pinang dengan bebas rasuah, kronisme, dan ketidakberkesanan dalam DEB” telah mewujudkan satu suasana yang kurang aman di negara ini kerana kenyataan tersebut disalah tafsir sebagai tindakan DAP untuk menghapuskan DEB seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia.

Dalam membincangkan isu DEB kita perlu faham, apa itu DEB dan bagaimana dasar tersebut digunapakai di negara kita. Dasar Ekonomi Baru adalah satu bentuk diskriminasi positif yang berfungsi untuk membantu, biasanya golongan minoriti atau golongan yang lemah dari taraf sosial terutamanya ekonomi, untuk menyamakan taraf mereka dengan golongan-golongan yang lain dan untuk membaiki kehidupan mereka. DEB telah digunapakai di Malaysia selepas rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, yang menyaksikan konflik antara kaum yang paling buruk dalam sejarah negara ini.

Antara sebab yang menyebabkan rusuhan ini adalah, jurang perbezaan ekonomi yang terlalu besar diantara orang melayu dan kaum cina. Ini tidak lain dan hanya disebabkan oleh dasar kolonial British yang mengamalkan dasar pecah perintah dimana kaum-kaum yang berbeza di asingkan dengan sektor yang tertentu. Melayu – pertanian, cina – perusahaan, perlombongan, ekonomi, india – buruh ladang. Pada zaman pemerintahan kolonial, kaum-kaum yang berbeza juga ditempatkan di kawasan penempatan yang berbeza, melayu – kampung, cina – bandar dan pekan, india – kediaman ladang. Akibat dari perbezaan-perbezaan ini, orang melayu merasa tidak puas hati akan status ekonomi mereka.

Tetapi, walaupun perasaan ini sudah lama menebal dikalangan orang melayu ketika itu, tanpa sebab yang tertentu, rusuhan itu tidak akan berlaku secara tiba-tiba. Untuk pengetahuan DAP telah memenangi kawasan-kawasan di Kuala Lumpur dan mereka telah melakukan demonstrasi yang antaranya untuk meraikan kemenangan tersebut. Ketika demonstrasi tersebut diadakan kaumcina telah melaung-laungkan kata-kata seperti “melayu masuk kampung” dan yang berkaitan, inilah yang menyebabkan orang melayu bertindak ganas sebagai respon kepada utaran-utaran oleh cina DAP.

Berbalik kepada DEB, akibat daripada rusuhan kaum dan ketidakstabilan tersebut, DEB telah diadaptasikan oleh Tun Abdul Razak al-Haj, dan setelah hampir 39 tahun polisi ini dilaksanakan, kita telah melihat banyak perubahan kemajuan yang berlaku dikalangan orang melayu yang dulunya mundur. Perlu diingatkan disini DEB sebenarnya telah berjaya dan berkesan untuk memastikan kestabilan kaum di negara ini.

Perkara 153 dalam Perlambagaan Persekutuan mengatakan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu termasuk pribumi Sabah dan Sarawak dalam bidang pendidikan seperti biasiswa, kemudahan latihan dan kuota tempat di institusi pendidikan awam, perkhidmatan awam (kuota dalam pengisian jawatan), bidang ekonomi dan perniagaan (kuota dalam pemberian permit dan lesen) dan hak Melayu dalam tanah rizab.” Ini menunjukkan DEB adalah dibawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, hanya kerajaan persekutuan yang boleh memberi atau menarik kuasa untuk melaksanakan DEB.

Jadi adalah jelas disini bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng, tidak boleh menyentuh DEB dan mereka hendaklah patuh kepada kerajaan persekutuan untuk melaksanakannya di Pulau Pinang. Selain itu,kerajaan DAP tidak akan memansuhkap DEB, memandangkan sokongan dari kaum melayu yang mereka terima, sudah tentu mereka tidak mahu melukakan hati orang melayu yang membentuk 55% daripada populasi masyarakat negara ini. Apa yang mereka katakan, Lim Guan Eng, yang ditafsirkan akhbar Utusan Malaysia sebagai usaha kerejaan DAP Pulanu Pinang untuk memansuhkan DEB adalah tidak benar dan tidak adil dan tidak juga melambangkan hasrat DAP yang sebenar. Sebaliknya, mengikut video yang disiarkan di Buletin Utama tv3, kerajaan Pulau Pinang sebenarnya mempunyai niat yang lebih murni lagi, bukan sahaja meneruskan perlaksanaan DEB tetapi juga menghapuskan amalan kronisme, rasuah, dan ketidakberkesanan dalam DEB, dimana ini akan memberikan labih keadilan kepada semua golongan melayu, terutamanya yang susah dan bukan yang kaya dan masih dapat bantuan DEB semasa pemerintahan kerajaan negeri Barisan Nasional.

Kesimpulannya, kita rakyat Malaysia, dunia semakin hari semakin maju, sepatutnya kita patut mempunyai minda yang lebih baik dan lebih kritis, janganlah kita berpegang kuat kepada politik rasis yang sebenarnya akan menyebabkan kita dalam keadaan huru-hara pada masa akan datng sama ada melayu cina atau India, semua perlu matang. Pemimpin sepatutnya memain peranan dengan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman bukan mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang boleh membangkitkan semangat kebencian antara kaum di negara ini.

Fikir sebelum bertindak, ketepikan perasaan…

Comments
  1. Siddiq Azani says:

    memang DAP tidak boleh buat apa2 pada DEB, tetapi DAP boleh gagalkan DEB di pulau pinang. Sikap DAP yang tidak mencerminkan semangat kebangsaan ini harus ditentang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s