Kesinambungan DEB…

Posted: March 13, 2008 in Uncategorized

Sebagaimana yang diketahui umum, DEB atau Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk polisi “affirmative action” yang telah dilaksanakan sejak zaman Tun Abdul Razak sebagai tindakan kepada rusuhan kaum 13 Mei 1969 dimana polisi ini telah diwujudkan untuk menyeimbangkan taraf ekonomi diantara golongan bumiputera, atau lebih spesifik, melayu, dengan kaum-kaum yang lain atau kaum Cina. Antara cara-cara yang dilakukan oleh kerajaan untuk melaksanakan DEB ialah, peruntukan untuk mencapai pemilikan ekuiti kekayaan sebanyak 30%, projek bantuan petani, FELDA, bantuan pendidikan, biasiswa, kouta bumiputera di universiti-universiti awan, maktab rendah sains mara, sekolah berasrama penuh, peluang kerja dalam perkhidmatan awam dan macam-macam lagi.

Setelah berpuluh-puluh tahun perlaksanaan dasar ini kaum melayu telah menunjukkan perkembangan seperti pertambahan professional melayu, golongan elit melayu, demografi orang melayu mula memenuhi kawasan bandar-bandar, tidak lagi hanya melakukan tugas seharian sebagai petani. Bagi golongan bumiputera bukan melayu pula tidak banyak perubahan yang dapat dilihat kerana polisi ini semata-mata diwujudkan untuk orang melayu sebenarnya. Berdasarkan perubahan sosial masyarakat melayu boleh dikatakan dasar ini telah berjaya mengangkat status orang melayu daripada petani kampung kepada kaum yang serba-bagai.

Tetapi setelah sekian lama dasar ini dilaksanakan terlalu banyak penyelewengan berlaku, walaupun usaha untuk menolong melayu susah masih diteruskan, golongan yang tidak sepatutnya telah mendapat manfaat daripada dasar ini, amalan kronisme telah menjadi serius, dan pada satu ketika telah membazirkan duit rakyat kerana pelaburan yang diberikan kepada kontraktor-kontraktor yang tidak layak untuk membuat pembangunan iaitu sebahagian kontraktor melayu. Bukan setakat itu sahaja, golongan elit pun mendapat manfaat daripada dasar ini menjadikan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin tertindas.

Mungkin pengumuman yang telah dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru, Lim Guan Eng, bahawa kerajaan Pulau Pinang akan melaksanakan pentadbiran tanpa rasuah, kronisme, dan ketidakberkesanan DEB ada rasionalnya. Mengapa? Pembahagian keuntungan negeri akan lebih adil dimana yang benar-benar layak sahaja kan mendapat projek berbanding budaya yang lepas yang memberikan projek kepada kroni tanpa memikirkan pulangan pelaburan yang dibuat, bantuan-bantuan akan disalurkan kepada golongan yang betul-betul layak iaitu orang miskin dan memerlukan tidak kira bangsa dan parti, pembangunan ekonomi negeri akan menjadi lebih efisyen dengan kaedah pelaburan yang mengabil kira kelayakan kontraktor-kontraktor yang menerima projek pembangunan yang sudah tentu memberi pulangan yang lebih baik dan mengurangkan kos projek-projek kerajaan.

Kepada orang melayu pula, terutamanya yang terlibat dalam dunia perniagaan, sekarang tibalah masa untuk mereka meningkatkan kemampuan mereka dari segi kualiti dan keberkesanan projek kerana hanya yang betul-betul layak sahaja yang bakal mendapat projek. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi trait orang melayu untuk menjadi sebuah bangsa contoh dan perkasa. Orang melayu sepatutnya sedar bahawa kebergantungan dengan DEB, untuk sekian lama, telah membuat mereka rasa puas walaupun tidak melakukan yang terbaik, atau rasa “contented” dengan apa yang telah disediakan oleh kerajaan.

Hubungan perpaduan kaum juga dapat ditingkatkan lagi kerana racun dalam hubungan antara kaum lain dengan orang melayu hanyalah satu, iaitu hak istimewa bumiputera, dimana dasar ini telah menyebabkan golongan bukan melayu merasakan mereka di anak tirikan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional. Dengan ada pembahagian yang lebih adil, perasaan tidak puas hati itu dapat dihapuskan dengan sepenuhnya. Tidak seperti waktu ini, walaupun pelbagai dasar penempatan, sosial dan lain-lain dilaksanakan, walaupun kita boleh melemparkan senyum dan berborak dengan orang bukan melayu, tetapi perasaan mereka yang di pendam itu sebenarnya amat tidak menyukai apa yang kita dapat daripada DEB.

Berkenaan dengan kerelevanan untuk dasar ekonomi baru diteruskan, pada awal kemerdekaan di dalam kontrak sosial, telah dipersetujui oleh semua kaum bahawa orang melayu bersedia memberi kerakyatan kepada buruh Cina dan India dengan syarat hak-hak istimewa dan beberapa kelebihan dari segi undang-undang diberikan kepada orang melayu. Perlu diingat bahawa perjanjian ini telah berlaku hampir lebih 50 tahun, dimana generasi yang mempersetujui perjajanjian tersebut telah pun hampir mengurang jumlahnya, dimana kini telah berlapis generasi baru bukan melayu telah mengganti mereka, disini perlulah ditekankan bahawa bebanan untuk generasi baru bukan melayu menanggung perjanjian ini telah pun mengurang, jikalau mereka golongan pertama itu, patutlah bebanan ini ditanggung sepenuhnya.

Kita perlu sedar yang mereka ini rakyat Malaysia juga, mereka merupakan warganegara yang membentuk dan menambah kekuatan negara ini, kita juga tidak patut melupakan jasa golongan ini kerana mereka telah terlibat secara besarnya dalam menjadikan ekonomi Malaysia sehingga pada taraf seperti hari ini. Walaupun begitu, saya secara perbadinya berpendapat hak istimewa bumiputera patut dikekalkan tetapi bukan untuk selamanya, kerana melihatkan sikap majoriti orang melayu termasuk yang diperingkat pucuk pimpinan masih lagi berkeras akan dasar ini, selain itu, dasar ini juga penting demi menjamin kestabilan negara memandangkan sikap orang melayu yang kurang kompromasinya dalam hal ini. Orang melayu sepatutnya bangkit untuk menjadikan diri mereka lebih kuat untuk hidup tanpa bantuan dasar ini.

Kesimpulannya, pemimpin masa kini perlu melakukan sesuatu untuk menekan orang melayu supaya mengangkat diri mereka dan bukan terletak di takuk lama, sebagai seorang berbangsa melayu, saya merasa segan kerana setelah sekian lama kita dibantu, kita masih tak kemana, kuota 30% tidak pernah mampu dicapai, kita masih lagi tidak boleh bersaing dengan kaum bukan melayu, jikalau dilihat bantuan ini menunjukkan kita lemah, masih dibantu masih tak berganjak, semoga orang melayu sedar…

Comments
  1. Siddiq Azani says:

    dasar ekonomi baru adalah penggerak utama memajukan malaysia. kita sewajarnya memanfaatkan peluang yang ada tetapi pada hari ini kita semua tahu deb hanya dinikamti oleh2 kroni2 pemimpin tertentu shj. jadi saya menyarankan agar sebuah suruhanjaya bebas di bentuk bagi melaksanakan program2 deb. suruhanjaya ini dipantau oleh yang dipertuan agong seperti suruhanjaya2 yang lain. proses pembahagian projek dijalan kan melalui tapisan dan kelayakan yang ditetapkan oleh ahli suruhanjaya secara consensus. kerajaan hanya boleh mengawal pengaliran budget kepada suruhanjaya ini tetapi tidak boleh mengenepikan keputusan suruhanjaya. dengan itu wahai saudara ku, deb akan kembali rasional. kita tidak boleh hapuskan deb. ia adalah dasar yang telah terbukti berkesan membantu meningkatkan taraf ekonomi orang melayu selama ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s