Satu Pesanan…

Posted: March 10, 2008 in Uncategorized

Yang sudah itu sudahlah, sekarang tiba masanya untuk kita pandang kehadapan. Kepada kerajaan Barisan Nasional takziah kerana hilang majoriti dua per tiga dalam parlimen, dan juga tahniah kerana dapat terus menjadi kerajaan di negara ini. Kepada Keadilan, PAS, dan DAP tahniah kerana memenangi satu kemenangan yang begitu besar dan sejarah pilihan raya negara ini.

Dengarlah wahai ahli UMNO, kita memperjuangkan nasib orang melayu dan sejarah telah membuktikan bahawa UMNO telah berjaya membela nasib orang melayu sejak dari zaman Malayan Union sehinggalah sekarang, tetapi kita perlu sedar bahawa orang melayulah yang memberi sokongan kepada UMNO, lihatlah pilihanraya tempohari, betapa sokongan orang melayu terhadap UMNO sudah merosot, ini tidak lain tetapi hanya disebabkan, UMNO di bawah pimpinan Pak Lah tidak betul-betul mendengar apa yang dimahukan orang melayu sebenarnya, sehinggakan sokongan beralih kepada PAS dan Keadilan atau mungkin DAP.

Apa yang patut dilakukan oleh UMNO sekarang adalah melakukan satu pencerminan diri atau muhasabah, untuk menyedari kesilapan, ingatlah, hanya UMNO sahaja harapan orang melayu, walaupun bagi orang melayu yang telah berpuluh tahun dibantu, tetapi masih lagi ditakuk lama. UMNO perlu kembali kepada amalan politik asalnya semasa zaman awal kemerdekaan, dimana, mereka lebih prihatin, lebih mengutamakan semangat bangsa dan yang paling penting, sanggup mengorbankan kepentingan sendiri untuk parti dan untuk orang melayu, tidak seperti UMNO sekarang dimana ada ahli-ahlinya yang memegang kedudukan tinggi, yang hanya tahu akan kepentingan diri sendiri, tanpa menghiraukan yang mereka sebenarnya menggadaikan nasib dan maruah bangsa kita sendiri.

Kepada parti Barisan Nasional, kembalilah kepada semangat Parti Perikatan dahulu, UMNO sepatutnya lebih memahami sensetiviti parti komponen yang lain, kita tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang seumpama mengugut parti komponen lain, sebaliknya, perlu ada perasaan hormat terhadap bangsa lain, lihat apa yang terjadi sekarang, disebabkan tindakan UNMO terhadap kaum lain, layanan yang begitu kasar terhadap komen-komen parti-parti komponen, Barisan Nasional telah kehilangan undi daripada golongan Cina dan India, mereka telah beralih kepada DAP dan Keadilan. Walaupunj kita ingin mempertahankan hak istimewa kita, mesej itu perlulah disampaikan dengan cara yang lebih baik, bukan dengan cara pertelagahan dan amaram-amaran keras terhadap orang bukan melayu.

Kepada Pak Lah, setelah diberi peluang memimpin negara ini selama satu penggal, beliau nampaknya bukan orang yang sesuai untuk memimpin negara kita, sebaliknya watak yang sesuai sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah orang yang tegas, kuat, berani, dinamik, walaupun dia tegas tetapi mestilah dia seorang yang pandai berdiplomasi, pandai memikat hati dari semua golongan sama ada melayu, cina, india, atau bangsa-bangsa yang lain. Kepada Pak Lah, letaklah jawatan untuk kebaikan orang melayu jangan judikan nasib orang melayu dengan mementingkan untuk memegang kuasa, berilah kepada orang yang lebih layak. Mungkin kalau Pak Lah masih berdegil untuk meletak jawatan, ahli-ahli UNMO patut memainkan peranan, semasa pilihan presiden parti nati, pilihlah orang lain, sokonglah orang lain yang dipilih itu, dan pastikan pilihan itu tepat dan bukan untuk memenuhi kepentingan kroni-kroni yang tertentu.

Kepada parti pembangkang, Keadilan, PAS dan DAP, janganlah dipersiakan mandat yang diberi rakyat, lupakanlah agenda utama politik masing-masing sebaliknya parti pembangkang seharusnya bersatu untuk menjaga kebajikan rakyat di negeri yang ditawan, buktikan kepada rakyat yang pembangkang sebenarnya mampu mentadbir ekonomi dan lain-lain aspek dalam pembangunan, janganlah sejarah diantara DAP dan PAS pada tahun 1999, dimana berlaku perpecahan akibat berkeras kepala dengan ideologi masing-masing, ingatlah kita perlu bersatu, memberi satu pilihan alternatif kepada rakyat, satu penyatuan yang dapat menjamin nasib melayu dan juga kaum-kaum yang lain. Percayalah, kalau parti pembangkang dapat menjaga negeri-negeri yang telah ditaman dengan baik, rakyat pasti akan terus mnyokong perjuangan parti-parti pembangkang.

Secara keseluruhan, inilah keputusan pilihanraya yang patut ada di negara kita dan seharusnya kekal kerana untuk memberi kuasa mutlak kepada kerajaan dalam penggubalan undang-undang yang penting adalah amat berbahaya, paling tidak pun dengan gagalnya kerajaan mendapat majoriti dua per tiga dalam parlimen, hak-hak rakyat dapat dijaga dengan lebih baik lagi, dan proses penggubalan perlembagaan tidak akan dapat dilaksanakan dengan sesuka hati oleh pihak kerajaan, dengan ini sistem “check and balance” dapat berfungsi dengan lebih baik lagi, hak rakyat akan lebih terjaga.

Kepada semua parti, kerajaan, dan sebagainya, ingatlah negara kita ini masih muda, kita masih belum mencapai status negara maju dan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan survival prosperity yang telah wujud selama ini, janganlah kita menjaga perut kita, utamakan Malaysia, utamakan keselamatan negara kita, utamakan keamanan, utamakan pembangunan sosial yang mengikut ciri-ciri kesopanan budaya timur, dan yang paling penting, utamakan rakyat Malaysia…

Malaysia Boleh!

Comments
  1. Siddiq Azani says:

    tidak kira apa bangsa kita, kulit kita, agama dan kepercayaan kita, parti kita, umur kita, kita semua adalah makhluk ciptaan Allah dan ada peranan masing2 atas muka bumi ini. kuasa adalah tanggungjawab. embrace diversity. may all of us unite, together we march, regarless of our races, we are Malaysians.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s