Apabila Rakyat Bersuara!

Posted: March 9, 2008 in Uncategorized

Pilihan raya kali ini merupakan satu kejutan yang cukup hebat bagi barisan nasional dimana pertama kali dalam sejarah, barisan nasional telah gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di dalam dewan rakyat…

Ini merupakan satu petanda yang baik yang menunjukkan rakyat malaysia sudah mula berfikir sama ada menyokong barisan nasional betul-betul dapat menjamin masa depan mereka, mengikut desas-desus politik, kerajaan barisan nasoional pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah gagal dalam usahanya untuk:

  1. Gagal membawa Malaysia ke arah kebaikan, di mana setelah selama sepenggal kepercayaan diberikan, beliau gagal memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh sehingga pada satu ketika kadar inflasi memcecah 20%, berbanding apa yang dicanangkan dalam televisyen, 3.5% (sila rujuk ucapan lim guan eng – addressing the nation, youtube).
  2. Gagal mewujudkan suasana tenteram dikalangan kaum-kaum di Malaysia, lihatlah, HINDRAF, 10 menteri kabinet hantar memorandum kepada Pak Lah untuk hak samarata.
  3. Pak Lah gagal membuktikan dirinya sebagai Mr. Clean dengan membantu menantunya “Khairy Jamaluddin” untuk mempat tempat dalam kedudukan tinggi UMNO, dan mungkin kerajaan tidak lama lagi
  4. Realiti menunjukkan kebebasan media berada pada paras yang lebih buruk berbanding zaman Tun Dr. Mahathir, sehinggakan kebelakangan ini sebelum pilihanraya, iklan sokong Barisan Nasional dengan tema “Selamat, Aman, dan Makmur” dapat dilihat di semua akhbar perdana.
  5. Gagal menjaga survival Proton, dimana jualan Proton turun mendadak, walaupun semua jualan kereta menurun, tetapi jualan kereta nasional paling teruk sekali yang turun, sila rujuk ucapan vidoe Tun Dr. Mahathir dalam youtube.

Inilah antara kegagalan yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional, UMNO kini telah menjadi angkuh, teguran daripada bekas perdana menteri yang telah menbawa Malaysia ke arah kemajuan juga ditolak, tak mahu di dengar, ini amat bertepatan dengan apa yang telah diucapkan oleh Dato’ Shahrizat Abdul Jalil setelah kalah di Lembah Pantai kepada Izzah Keadilan, dimana dia kata “We have to do some soul-searching … nothing wrong with that. Parties go through rejuvenation and renewal. Barisan Nasional has to renew and renergise itself. the people have spoken” and Asked if the results of the election showed that BN has lost touch with the people, Shahrizat said: “No. We are always with the people. Ithink there were one or two things that people wanted us to change but we didn’t. Some issues we should have taken seriously. We have to analyse [the results] after this.”

Ucapan tadi sudah cukup untuk membuktikan UMNO sudah tidak lagi mewakili rakyat, dimana dalam perlimen ahli Barisan nasional tidak dibenarkan menyokong usul pembangkan walaupun usul itu penting untuk rakyat, lihatlah kes Sothianatahan dengan isu pengiktirafan ijazah perubatan Crimean University, selain itu, wakil UMNO sebenarnya, mewakili parti bukan kehendak akar umbi, seperti kes Zaid Ibrahim yang mendapat sokongan rakyat Kota Bharu, tidak dipilih sebagai calon kerana terlalu lantang dalam menyuarakan hasrat rakyat.

Walau apa pun punca kegagalan ini, suasana kebangkitan pembangkang merupakan satu perkara yang penting untuk negara kita, kini kerajaan tidak lagi boleh sesuka hati mengubah undang-undang yang memerlukan majoriti dua pertiga, disini sistem check and balance akan berfungsi dengan lebih baik lagi, hak-hak rakyat akan lebih terjaga, dan jika pembangkang dapat menguasai negara ini, mungkin sempat Malaysia mencapai WAWASAN 2020, kerana kita mempunyai ramai pemimpin pembangkang yang lebih baik mindanya daripada dalam Barisan Nasional, lebih-lebih lagi yang di peringkat tinggi, hampir semua lembap.

Tentang persoalan bolehkah Barisan Nasional kembali mendapat majoriti pada masa akan datang? Jawapannya ada pada Presidennya sekarang, tapi dengan penghakiman yang telah diberikan untuk sepenggal, amat sukar, sebab Pak Lah bukanlah sekuat Tun Dr. Mahathir yang boleh mengawal negara, sebaliknya Pak Lah pula yang dikawal oleh orang sekelilingnya.

Mungkin Barisan Nasional boleh dapat majoriti dua pertiga, syaratnya, ahli UMNO sila pilih orang lain jadi Presiden UMNO jadi letak nasib anda di tangan orang yang patut jadi Tok Imam kat kampung nun kat Kepala Batas.

Comments
  1. Siddiq Azani says:

    yes. the majority had been reduced and it was good. may the government of BN wake up from sleep! hear the voices of malaysians.

    but im not happy with DAP since they keep up with their racist issues. fuck dap.

    please read mine at liberationleader.blogspot.com

  2. Commando says:

    lets hope the best come out from it.. =) … at least what i predict actually happen.. i sure don’t want bn to win 2/3 majority.. i hope this will make they think for a while what they had done so far.. all da best… i love My country…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s