akhirnya, setelah sebulan merokok…

Posted: February 11, 2008 in Uncategorized

boleh dikatakan masa cuti haritulah, merupakan antara saat yang paling menyenangkan hati ataupun saat yang paling aku rasa lega, apa yang terjadi? aku kantoi rokok dengan mak aku…

ketika itu, waktu tengah hari, aku baru mandi, setelah tidur agak lama, maklumlah waktu cuti, memang waktu tu bahang mentari begitu memeritkan, nasib baik aku mandi, sejuk sikit rasanya, lepas mandi tu aku makan tengah hari dengan hidangan yang disiapkan oleh mak aku, dah lupa dah lauk apa tapi special la, hari tu…

kite semua pun maklumlah, hisap rokok lepas makan ni memang best, tambah lagi dengan hari yang boring, tak tau apa nak buat, jadi aku mengambil keputusan yang berisiko, aku tahu bahawa merokok kat rumah memang akan membawa kepada kekantoian, tetapi jauh di sudut hati ketika itu, aku sebenarnya mahu kantoi, tapi janganlah, lagipun waktu tu angin kuat, jadi aku fikir, takkan dapat bau punyelah, jadi, di tepi rumah, aku pun hisaplah…

hisap punya hisap sambil membaca buku pasal kamal attaturk, alah yang memusnahkan sistem khalifah islam kite tu, pada tahun 1924, mak aku pun menjenguk kat tingkap, dengan menyeru dengan lembut, “din, ko hisap rokok ye?” tanpa ragu2 lagi aku terus menjawab, “tensyen mak”, lepas tu mak aku pun kata, “bapak kau lagi tensyen, keje, keluarga, dan macam2, tyapi tak hisap rokok pun”, die pun kata lagi, “cuba elakkan din…”

pastu die pulak masuk cerita pasal keje ayah aku, adelah dia cakap ayah aku kene marah kat bos die pastu pasal keluarga pulak, inilah yang menyelamatkan kekantoian aku kerana, mak aku memeang jadikan aku ni, tempat meluahkan perasaan hati die pasal apa2 je lah, aku dapat tangkap bende ni, masa second sem, masa asasi dulu, adalah insiden die, terlalu sensasi kalau nak cerite dalam nih…

jadi tulah die kisah aku kantoi rokok, aku amat lega memandangkan reaksi mak aku yang relax berbanding sesetengah ibu bapa yang memang terperanjat gile apabila dapat tau anak mereka merokok, tak tau lah asama ada bapak aku tau atau tidak, tapi dia ada melarang dulu, tapi yang jelas mak aku tek pernah simpan apa2 dari bapak aku, aku rasa bapak aku cuma menunggu aku sendiri memberitahunya, sebab diantara aku dengan mak ke bapak ke, memang tiada rahsia, semua dikongsi bersama…

tak taulah ape point disebalik cerite ni, tapi bagi aku lah memang menarik…

Comments
  1. Commando says:

    amaran kementerian kesihatan, merokok membahayakan kesihatan.. dilarang menjual rokok kepada remaja dibawah 18 tahun.. sekian.. contohilah rakan2 anda yang tidak merokok.. katakan tak nak!!

  2. LUQA says:

    apsal plak!! katakan NAK!!

  3. Siddiq Azani says:

    checkout my new layout..hahaha

  4. Siddiq Azani says:

    evaluationbysa.blogspot.com

  5. Siddiq Azani says:

    din..ak dah tukar domain baru..

    liberatedsidazani.blogspot.com

  6. ♥CruelaBum♥ says:

    omg! ur mom gile cool.. hehe.

Leave a reply to Siddiq Azani Cancel reply