antara kebenaran dan survival…

Posted: February 6, 2008 in Uncategorized

sebagai manusia, kita hidup bermasyarat, berkumpulan, kalau zaman batu dulu, manusia hidup dengan kelompok keluarga, semakin berkembang manusia, semakin ramai dalam kumpulan, jadi masyarakat, kemudian negara dan seterusnya empayar…

kalo kita fikir balik, kenapalah manusia ni nak hidup bersama, perlu ke sampai duduk bersama, berorganisasi, sehinggakan bernegara?

jawapannya cukup mudah, kita memenuhi keperluan sesama sendiri, mat salleh kata ‘for mutual gains’, tak payahlah nak nafi, semua orang bergantung kepada orang lain walaupun dia cuba untuk tidak menyusahkan orang lain…

dalam berpolitik, pengundi melihat calon atau parti2 yang ada dari segi, apa yang kau boleh bagi kat aku, dan kalau ko boleh buat ape yang ko janji, ape yang kami inginkan, go on, lead the country, sebagaimana ko rasa bagus…

di negara kita ni, diantara, umno, pas, keadilan, bn dan lain2, boleh dikatakan rakyat mahu bn terus memerintah, sebabnya? jelas, they represent what we want, terus teranglah aku cakap kat sini yang majoriti orang melayu kat malaysia mahukan islam dalam cara kewangan untuk melakukan aktiviti2 keagamaan, diorang tak mau diikat oleh undang2 islam, diorang takut…

biaselah manusia, sape yang tak takut hukuman, itulah sebab negara kita ni aman, rakyat takut hukuman, bayangkanlah, dikalangan orang islam sendiri pun ramai dah takut, apetah lagi yang bukan islam, lagilah takut, macam2 alasan yang diberikan, tak sesuai kepada malaysia sebab masyarakat majmuk, walaupun fakta dan pengamalannya hanya dikalangan orang islam…

balik kat memenuhi kehendak rakyat tu, ha, tulah gambaran yang cukup mudah kenapa islam tak boleh diamalkan secara penuh kat malaysia, kalo kita ingat kata tun dr mahathir apabila ditanya pasal kerajaan sekarang guna isa, dia jawab, saya dulu guna isa, kerajaan boleh guna isa, kerana rakyat dah pilih kerajaan, apa yang kerajaan buat rakyat dah setuju, melalui pilihan raya, kalo rakyat tak mau isa, takda mereka pilih kerajaan yang mahu guna isa…

walaupun aku kecewa dengan penerimaan islam di negara ini, tapi fakta tetap fakta, islam tak sesuai kat malaysia bukan sebab dia tak sesuai, tapi rakyat yang tak mau, orang kita sekarang ni, hanya fikir periuk nasi masing2, kalo keje kerajaan tak express view yang menetang kerajaan, takut tak naik pangkat or kene buang keje, kalo student lak, takut nak argue dengan lecturer walaupun di pihak yang betul, apa pasal, takut fail, nanti kene repeat, kan jelas tu…

jadi kita yang sedar bende ni kenalah berani, perlu diingat, orang boleh kata kita ni bodoh sebab lawan lecturer, lawan kerajaan, tapi fikirlah dalam2, betul ke salah ape yang kita buat tu? kalo betul janganlah kita give up teruskan, kerana apabila semua dah takut yang berkuasa akan naik kepala, kalo buat yang betul takpe, tapi buat yang tak betul…

itulah sedikit pesanan aku, aku bukan apa, kita kalu di pihak yang betul, jangan takut, suarakanlah, dalam blog pun ok gak, whuekss…

gurau pun gurau gak, ingat kata2 seorang baron, ketika perang salib, masa nak serah kuasa kat penggantinya, alah yang nak lantik jadi knights tu, ‘speak the truth although it will lead you to your death’, tak salah kalo kita amik kata2 ni, tapi niatlah kerana Allah, at least, paling teruk pun kalo mati, mati syahid tu, sape yang tak nak kan…

ok, tu jelah yang dapat aku taipkan…

Comments
  1. Siddiq Azani says:

    tulah hakikat yang perlu di terima di malaysia. ini negara, perdana menteri berkuasa. agong pun kene ikut ckp perdana menteri. tapi dengan kemajuan teknologi hari ini, rakyat semakin berani untuk bersuara, laman2 blog, mereka dapat meluahkan rasa ketidakpuashati mereka. kalau lah aku cakap kat public mcm apa yang ada kat dlm blog aku tu sekarang, dah lama aku kene sumbat beb. youtube dekatkan rakyat dengan pemimpim favrourite mereka, mereka tak payah lg pergi susah2 dengar ceramah, dah bolah tengok kat rumah je sekarang. memang banyak masalah lepas paklah ambil alih kerajaan. kerajaan ini ditukar kepada kerajaan keluarga abdullah ahmad badawi. siapa tak kecewa? aku sebenarnya sedar benda ni dah lama dah. tp memikirkan demi perpaduan orang melayu dan bangsa malaysia, aku tetap sokong kerajaan. tetapi bila paklah bagi projek sana sini kat family dia, KJ plak nak jadi YB aku bc utusanmalaysia hari ni, memang aku mendidih la..

    melampau la tu..dah jadi naib ketua pemuda pun orang dah tak setuju, nak jadi ahli parlimen plak? wah..mcm kerajaan ni bapak dia yg punya la..mentang2 ye..

    takpe2..lihat shj apa yang bakal berlaku pada malaysia dan kerajaan keluarga ni..aku dpt rasakan sesuatu yang teruk akan berlaku nanti.

  2. Siddiq Azani says:

    tetapi kalau KJ dapat bawa perubahan, majukan negara, aku tak kisah lah kalau dia korup pun..mcm mahathir la, korup2 pun maju gak malaysia ni. tapi ni pakmentua dia ni, dahla korup, buat keje pun mcm tak reti je. bg aku jd PM lg bagus agaknya aku tadbir. kecewa btl lah aku dgn paklah. aku tak sangka yg aku akan kutuk kerajaan secara terbuka sampai mcm ni sekali. huhu. aku satu ketika merupakan penyokong kuat kerajaan!

  3. din buncit says:

    siddiq, i may not know of whether i think is right or wrong…

    aku rasa, kj can be a good leader, from what he say, and what he did, sikitlah i think, he got vision, aggresiveness…

    yang org tak suka dia pasai mungkin naik tanpa sokongan kuat, guna kabel pm, pastu org kata dia tali barut barat…

    tapi aku rasa dia tak boleh jadi pm, tapi dia bolehy jadi orang yang pm ambil nasihat, cube fikir, dia melayu radikal tu buat komen pasal parti2 lain, sebab terlalu radikal dan agresive dia tak leh jadi pm, bahaya tu, malaysia punye kekuatan terletak pada perpaduan kaum, takut dia mungkin meruntuhkan perpaduan tu…

    aku fikir, hisyamuddin ok lah jadi pm…

    siddiq azani tak tau lagi, tak tgk performance die lagi sebagai mp…

  4. Commando says:

    okay din.. aku akan try lawan lecturer.. wakakakaka.. kalau aku dipihak yang benar laa.. hentikan birokrasi!!!.. bosan ar dok malaysia.. jom din pindah.. hahahahaahha.. bagi aku susah laa malaysia nie nak berubah.. selagi blum ada betul2 yang mampu bawa perubahan.. harap2 di masa depan nanti ada pemimpin yang mampu buat perubahan tu.. siddiq mungkin? atau kau din? hahahaha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s