aku dan rokok…

Posted: January 29, 2008 in Uncategorized

kalau diingat kisah-kisah lalu, aku ni sebenarnye anti-merokok tegar, bile jumpe member yang merokok je aku bagi nasihat, macam-macam nasihatlah, tak baik untuk kesihatanlah, bazir duitlah, dan yang paling dasyat, aku pun pernah tegur arwah atuk aku yang baru meninggal, raya, lepas supaya jagan merokok, tak ke dasyat tu, tapi yang peliknye, die berhenti kejap pastu hisap balik, maklumlah dari muda merokok sampai ke tua…

aku pun sebenarnya ada cuba-cuba merokok, kalo tak silap masa form4, aku beli dunhill 10, masa tu ada lagi, skrg takda dah, hisap senyap-senyap waktu malam, jadi parents tak nampak, punye susah la nak habis, bayangkan 3 bulan baru habis dunhill 10, itupun ada yang kene buang, dah lemau, terus terang aku katakan, memang tak kene merokok ni dengan aku, memang aku dulu benci sangat asap rokok sampai sound orang yang hisap rokok supaya hisap jauh-jauh, tak ke dasyat tu…

tetapi semakin aku besar, selera makin beza, sebagai contohlah, aku start makan petai masa form5, sebelum tu akiu benci petai ya amat, tapi suka tu entah datang dari mana, aku cube embrace rasa petai, memang pahit, tapi waktu tu aku menemui kemanisannya, dan sampai sekarang aku gila petai, tak ke pelik tu?

berbalik kepada rokok pulak, masa tu tengah tunggu member, nak keluar kemana ntah, aku tolonglah pegang rokok yang sedang dihisap, dah pendek, dah nak habis, jadi aku pun terima offer aku pun hisap, sedutan yang pertama rasa perit-perit, tetapi selepas sedutan yang kedua, aku rasa satu perubahan yang sedap, selesa, tenang, aku terus suka merokok, besok tu jugak aku beli winston 20, dan sampai sekarang hampir lebih 10 kotak aku dah hisap, memang best, terutama waktu tensyen dan waktu nak baca buku, dapat concentration tu…

malam tadi aku dapat merasakan satu perkara yang jelas bagi seorang perokok, aku diberi rokok oleh member, rokok dah habis katakan, pastu kene pegi meeting, kat meeting ok lagi tapi masa balik meeting, kepala aku sedikit serabut, sikit tensyen tak dapat jumpa mana aku letak rokok yang sebatang tuh, fuh kini aku dapat rasa, walaupun sedikit, apa yang dialamai perokok apabila takda rokok…

Comments
  1. Commando says:

    nasihat saya.. janganlah jadi tegar ya.. sikit2 sudey.. tutu..

  2. LUQA says:

    (aku rasa bersalah) hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s