satu permulaan…

Posted: January 27, 2008 in Uncategorized

jujur aku katakan, aku tak tau mcm mane rupenye blog sehingga aku baru masuk part 2 ijazah undang-undang, memanglah selalu dgr dlm berita, tapi tak tau mcm mana rupanya, terima kasih kpd seorang kawan bernama luqman, yang sudi berkongsi apa itu blogging, blogger dan sebagainya…

aku fikir dgn blog nih, dapatlah aku memuntahkan segala apa yang terpendam dihati dan kepala ini, kerana hampir setiap saat aku memikirkan apa ynag aku lihat, sampai tgk makcik cleaner pun terus fikiran aku melilau sampai ‘hasrat menubuhkan negara indonesia raya.’ boleh dikatakan pada semester lepas, hampir setiap malam aku mengigau malam-malam tak tau la apa yang aku kumat-kamitkan, tapi itu sudah cukup membuktikan aku tak dapat berkongsi fikiran sehingga mengigau dalam ‘bahasa inggeris’, tak pelik ke tu?

lagi satu aku pun suka bercakap pasal apa yang aku fikir dgn orang lain, mungkin bapak, kawan rapat, orang dewasa yang entah datang dari mana?, dan lagi dashat lagi, satu hari dalam bas masa nak balik seremban, aku duduk kat seat sebelah india nih, aku salamlah die, borak punye borak, aku pose soalan pasal kes lina joy, dapat lihat dari reaksi muka dia, terperanjat, tapi nasib baik dia tak melenting, dia pun berilah pandangan, mungkin sebab dia seorang lecturer kat ukm dapatlah berceloteh, kerana orang akademik ni biasanye sederhana belaka…

insiden kedua, aku berborak dgn mamak gunting rambut, aku tanye die pasal hindraf, dia pun cakap susahlah, mula-mula dia tak nak komen tapi lepas aku pujuk, bagi sebab pro dan kontra, barulah keluar perasaan hati dia…

kat rumah pulak, dgn bapak sampai bertegang leher, pada mulanya berkongsi idea tapi last-last bertengkar mulut pasal isulah bukan pasal peribadi, jujur aku katakan, borak dgn bapakku memang best sebab dia suka provoke aku, kata dia kalo idea tak bertembung, bincang pun sejuk ja, tak panas…

itulah antara sebab=sebab kenapa aku berjinak-jinak dgn blogging nih, harap nanti takdalah mengigau lagi sebab fikiran yang terpendam…

Comments
  1. LUQA says:

    janganlah disimpan segala fikiran yang terpendam itu wahai sahabat. kelak binasa diri. haha.

  2. TheDervish says:

    Eh! Ini Din buncitt!! hahaha!! Saya nantikan nukilan2 dari anda saudara sekelab.

  3. Commando says:

    permulaan yang baik buat saudara.. tahniah sebab dah mempunyai blog sendiri.. luahkan laa apa saja yang terpendam.. =).. perutmu tetap idamanku…

  4. Siddiq Azani says:

    dalam buncit tu banyak khazanah pembangkang tu…hahahahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s