Tanggungjawab Sebagai Pelajar

Posted: June 28, 2008 in Uncategorized
Perkara ini adalah sesuatu yang pada saya merupakan penting dalam diri atau pemikiran seorang pelajar dan secara umum kita sedar bahawa tanggungjawab hakiki kita adalah untuk belajar dan mendapat segulung ijazah bagi yang belajar di pengajian tinggi. Saya pasti kita semua akan mengingati semasa zaman sekolah dulu, kita sering mendengar pesanan bahawa cara kita membalas budi ibu bapa dan para guru adalah dengan mendapat segulung ijazah sama ada dari mulut ibu bapa atau para guru.

Tetapi adakah itu sebenarnya cara kita membalas jasa ibu bapa kita? Perlu untuk saya sebut disini bahawa apa yang kita pelajari dirumah mahu pun di sekolah, adakah ia semata-mata untuk memastikan kita mempuyai ijazah atau pada mereka yang advance lagi, untuk membuat kekayaan? Bagi saya, jawapannya tidak. Kita belajar tentang etika hidup, hormat menghormati, dan usaha untuk berjaya. Seharusnya kita memandang dengan skop yang lebih besar.

Mungkin sebelum ini kita fikir bahawa selama ini pelbagai keringat yang telah ditumpahkan keatas pembelajaran kita adalah untuk memasti akan masa depan yang cerah dan selalunya lebih baik dari apa yang pernah dicapai oleh ibu bapa kita. Saya tidak menolak pemimkiran sebegini, tetapi adalah lebih baik kalau kita menganggap atau meletak iktikad bahawa usaha kita selama ini adalah untuk tujuan yang lebih besar seperti survival bangsa, legasi keluarga, dan untuk negara.

Melalui pemikiran sebegini kita akan menjadi seorang insan yang boleh dikatakan berpandangan jauh dan tidak mengangap bahawa apa yang kita lakukan selama ini hanya untuk diri dan keluarga sahaja. Dalam bahasa orang putih, ‘think big’. Ini akan pasti memberi manfaat dalam beberapa bentuk terutamanya dalam menjaga kepentingan sejagat bangsa dan negara kita. Bukan itu sahaja, apabila kita memikir nasib orang lain, kita akan mempunyai satu rasa tanggungjawab untuk berjuang di dalam ruang lingkup kebebasan dan tugas kita dalam pembelajaran.

Pelajar undang2, contohnya: daripada memikir bahawa mengambil undang2 hanya untuk duit dan glamor, lebih baik kalau fikiran itu ditukar dalam bentuk untuk berjuang memastikan agar undang2 yang memelihara hak kita terjaga. Bagi pelajar medic: mereka baragkali boleh memikir bahawa mereka mahu menyumbang untuk meningkatkan taraf industri perubatan di negara.

Dengan pemikiran sebegini, kita bukan akan mendapat satu motavasi yang lebih, tetapi kita akan mendapat kepuasan sebenar dalam usaha yang kita lakukan selama ini. Oleh itu, saya menyeru agar rakan2, supaya fikirkan hal ini kerana melihat kepada cabaran yang makin mencabar di luar sana, kita perlukan lebih ramai graduan yang berfikir sedemikian untuk mendapatkan satu penyatuan di dalam bersama2 menghadapi cabaran yang akan datang.

Sekarang sudah tiba masa untuk ubah pemikiran kita…

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s